Friday, 10 May 2013

Alahan semasa Mengandung


Contoh alahan semasa mengandung ialah seperti  muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung (alhamdulillah). Sebab alahan ialah kerana  wanita mengandung alami perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.



Bila alahan berlaku?

Kebanyakan, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam 3 bulan pertama. Apabila usia kandungan mencecah 3 bulan  kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Bagi wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.

Kesan alahan terhadap kesihatan

Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.

Cara mengatasi alahan

Makanan
  1.  Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
  2. Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  3. Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
  4. Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
  5. Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
  6. Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
  7. Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  8. Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minuman
  1. Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  2. Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
  3. Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Rutin harian
  1. Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  2. Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
  3. Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  4. Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
  5. Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
  6. Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  7. Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
  8. Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Dengan Shaklee, anda boleh mencuba


Vitalea iron formula:
Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel
Vitamin C
Membantu penyerapan vitamin b12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan
B-complex
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.


I'm Your SHAKLEE Independent Distributor
  Noor Nazili Binti Jimi ( Puan Nor ) SID 920420
   sms/whatsapp 016 8883394   
Email: noe3304@gmail.com
FB Fanpage : Vitaminkamek

Dengan Mendaftar RM65 Anda akan dapat Harga Jauh Lebih Murah
 Nak Jadi Ahli Secara Percuma Pun Boleh!!
  • Buat Order dahulu, hujung bulan payment pun boleh bayar
  • Konsultansi percuma buat pelanggan yang membeli dari saya berterusan
  • Setiap pembelian akan disertakan jadual pegambilan dan tips-tips berguna

Penafian : Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang saya kongsi di laman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah , mendiagnos atau menyembuhkan sebarang penyakit

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...