Sekiranya anda malas nak mkn byk2 vitamin..sekurang2nya..amalkan pengambilan sehari sebiji multivitamin..mulakan dari sekarang..dan bukannya bila dah sakit... kenapa saya kata sebiji sehari?
Jom saya kongsikan apa kata penulis sususejat.com:
10 sebab mengapa anda harus mengambil 1 biji pil multivitamin sehari (tak kiralah brand apa yg anda pilih yer..)
1) Nutrien yang mencukupi ketika menurunkan berat badan
Dalam entri bhg 1, aku
berulangkali menyebut istilah ‘metabolik’ (metabolisma) dan ‘kuning
telur’. Kuning telur, tak dinafikan merupakan makanan paling tinggi
nutriennya, dan tak keterlaluan jika aku katakan kuning telur merupakan
‘multivitamin’ yang di ambil oleh orang zaman dahulu pada sebelah pagi.
Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan kolestrolnya, disamping
nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia kaya dengan lemak.
Kebanyakan
mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti akan
mengelak makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Itu baru aku
ambil contoh satu jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain? Tubuh
badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus
berfungsi. Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan
nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk
turun berat badan akan menjadi semakin perlahan!
Pernah dengar ungkapan ini, “ko
ni aku tengok lemah lesu, macam tak cukup makan..”. Salah satu
faktornya adalah disebabkan kekurangan micronutrient dalam diet.
2) Faktor sibuk
Faktor
kesibukan di zaman moden menyebabkan corak pemakanan kadang-kadang
tidak seimbang (dari segi kandungan micronutriennya), terutamanya jika
anda sering bekerja di luar dan jarang memasak di rumah.
3) Termusnah akibat dimasak
Haba
merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan satu-satu vitamin itu
terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan
manusia (dalam 35 darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkin akan
musnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yg
terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh
badan kita.
4) Stress (tekanan perasaan, kerja)
Dalam
dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak sah jika seseorang itu
menghidap tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien
penting adalah lumrah dek kerana tekanan perasaan, mental, dan
sebagainya.
5) Kualiti makanan yang semakin rendah
Kualiti
sayur-sayuran (juga buah) yang ada kini mungkin tidak lagi setanding
kualitinya berbanding sayur-sayuran yang ditanam (secara organik)
beberapa dekad yang lalu. Sayur-sayuran zaman kini terlalu banyak
‘dimanjakan’ dengan bahan-bahan kimia, yang mungkin memusnahkan kualiti
nutrien yang terkandung di dalamnya.
6) Pencemaran Alam sekitar
Kemodenan
dan kepesatan teknologi mengakibatkan alam sekitar kian tercemar
berbanding beberapa dekad yang lalu. Saban hari, sistem ketahanan tubuh
kita kian terancam, dan micronutrient yang hanya diperolehi daripada
makanan sahaja (rujuk no.3 dan no.5) mungkin tidak mencukupi.
7) Tabiat makan memilih
Terdapat
individu yang tidak suka makan sayur, dan hanya bergantung kepada
daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber micronutrient,
dan ini tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud
dalam tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang mengamalkan diet
vegetarian (tak makan daging, ayam, telur) dan individu sebegini mungkin
tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan calcium.
8) Tahap penyerapan nutrien yang rendah
Tidak
semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, terutamanya golongan
yang sudah berumur. Supplemen multivitamin membantu dalam memastikan
bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa mencukupi.
9) Harganya yang murah
Secara purata, sebiji pil multivitamin yang diambil sebiji setiap hari,harganya tidak sampai RM1 pun. Jika
anda boleh menghabiskan wang anda dengan sekotak rokok sehari, atau
sebungkus Keropok Moni (hari-hari tengok iklan ni di TV), mengapa harus
memberikan 1000 alasan untuk membeli multivitamin yang baik untuk
kesihatan?
10) Role Model kita
Salah
satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan
hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil
multivitamin setiap hari (kalau tak salah jenama yang beliau ambil ialah
“Shaklee”).
Itulah
dia 10 sebab munasabah mengapa kita memerlukan supplemen multivitamin
dalam dietary kita. Buat yang sudah memilikinya, bagus, teruskan amalan
mengambil 1 pil multivitamin setiap hari. Buat mereka yang belum, apa
yang ditunggu lagi? Setiap rakyat Malaysia seharusnya memiliki
sebekalan multivitamin dalam beg tangan (buat yang wanita), beg bimbit
(buat lelaki tampan dan maskulin), dan beg sekolah (buat adik-adik yang
masih belajar). Semua orang harus memilikinya, dan ia tidak terhad untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan sahaja
Memang menarik fakta2 di atas.. 10 sebab yang tak boleh kita semua nafikan......
dan sebab tu saya kongsikannya di sini untuk kita semua...tak kiralah
brand apa yang anda pilih... pastikannya multivitamin anda adalah yg
terbaik...
Konsultasi secara EKSKLUSIF dan HARGA ISTIMEWA sekiranya membeli dari kamek.
In shaa Allah
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Noor Nazili Binti Jimi
ID No. 920420
Viber/WhatsApp : 016 888 3394
Sms : 014 888 3842
Email : noe3304@gmail.com *** Fanpage : UmmizahraDanVitamin
Kurang Bajet ?? Kamek ada sediakan
Pek Bajet untuk percubaan selamak sebulan. Jom, order sekarang. Mun maok
Booking pun boleh, bila dah gaji boleh tuntut dari kamek. tQ
Setiap pembelian akan disertakan dgn tips
dan jadual mkn utk kesan lebih optimum, konsultasi
percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group
ekslusif tertutup diFB.
Penafian : Segala testimoni/ penulisan
tentang produk yang dikongsi
di laman inibukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
di laman inibukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
No comments:
Post a Comment