Vitamin C atau Asid Askorbik
amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin
C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?
Kulit Cantik
1. Vitamin C membantu pembentukan kolagen
iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah
struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan
kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti
lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab
itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan
cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan
yang kuat.
Menangani Darah Tinggi
2.Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
Supplemen untuk Perokok
3.Detoksifikasi.
Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum,
raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada
buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah.
Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk
Antistress & Menguatkan Daya tahan terhadap Penyakit
4.Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun).
Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need
vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh
kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah
diserang penyakit
Penyakit Skurvi
5.Penyakit
skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami
pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah
tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah
disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas
sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu
menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka.
Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos
yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
Penganti Makanan Berkhasiat
6.Kita
digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari.
Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C
tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar
melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah
500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.
Keistimewaan Sustained Release Vitamin C Shaklee
'Sains pembebasan berterusan secara semulajadi' vitamin C telah direka oleh Shaklee.
Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk
kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C tersebut ke dalam tubuh
kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C dalam 2
tablet Vitamin Shaklee (dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal dalam
plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg
bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang
juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan
meningkatkan keberkesanan Vitamin C dalam tubuh kita, melegakan
inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.
No comments:
Post a Comment