Wednesday, 8 January 2014

Air Kencing Berbuih Kerana Protien Terlepas Dari Buah Pinggang

Pernah tak anda terfikir kenapa baru-baru ni tiap kali kencing ada buih ek? Aku banyak minum susu pekat ke? hihi..macam mana kalau saya kata jika anda abaikan gejala ni, tiba-tiba anda kena gout..kaki bengkak bisa tak boleh nak gerak. Takut tak? Haa..kencing berbuih ni petanda awal kegagalan buah pinggang tau. 


Air kencing sebenarnya datang dari cecair yang kita minum atau cecair dari makanan yang kita makan. Ia adalah bahan buangan hasil dari tapisan buah pinggang. Air kencing boleh menjadi keruh dan berbuih jika banyak protein terlepas dari tapisan buah pinggang.

Secara normal, buah pinggang akan menapis protein daripada keluar melalui air kencing kecuali terdapat masalah pada sistem penapisan buah pinggang seperti keradangan sistem penapisan yang dipanggil sebagai glomerulitis atau glomerulonephritis.
Kita sebenarnya dapat mengesan masalah kesihatan melalui air kencing. Dahulu kala, pengamal perubatan mengesan penyakit kencing manis dengan membiarkan air kencing di lantai dan perhatikan samada semut tertarik atau tidak. Jika semut suka pada air kencing tersebut, menunjukkan kandungan gula atau glukosa dalam air kencing itu adalah tinggi.
Air kencing juga ada masanya dirasa atau dihidu untuk mengesan penyakit tertentu seperti takungan ‘ketones’ berpunca daripada metabolisma lemah bagi tenaga sekiranya glukosa tidak dapat digunakan badan. Bau ‘ketones’ wangi dan berasa manis.
Menurut Dr. Thamby, air kencing adalah bahan kotoran yang keluar daripada hasil tapisan buah pinggang. Jika banyak protein tercicir keluar dari buah pinggang, air kencing menjadi keruh dan kelihatan berbuih. Protein biasanya tidak keluar dari buah pinggang kecuali sistem penapisan buah pinggang terganggu seperti keradangan sistem penapisan yang dikenali sebagai glomerulitis atau glomerulonephritis.
Apa itu glomerulonefritis? Juga dikenali sebagai nefritis glomerulus adalah penyakit ginjal ditandai dengan peradangan pada glomeruli, atau pembuluh darah kecil pada ginjal.
Air kencing berbuih kerana kehadiran protein boleh menyebabkan keadaan yang tidak normal pada buah pinggang, contohnya tahap protein melebihi paras normal.. besar kemungkinan kita berpotensi mengalami sakit buah pinggang.
Menurut Dr. Edward Otten dari University Cincinnati pula, bila warna air kencing jernih seperti air minum maksudnya ok.. takde masalah kesihatan, penyakit dan sebagainya. Tapi kalau warna seakan lemonade atau kuning muda, tubuh kita berada pada tahap ok tapi perlu minum air lagi.
Dan kalau warna coklat-coklat macam jus epal tu ataupun kuning tua.. maksudnya kita kekurangan air dalam badan.. mesti minum lagi banyak air lagi..
kalau warna kuning tua, coklat atau macam warna coca-cola pulak?.. segera lah berjumpa doktor.. takut-takut ancaman radang buah pinggang mengekori anda.


Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.

Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.

PENYEBAB
Nephrotic syndrome lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit nephrotic syndrome kebanyakannya tidak diketahui (idiopathic). Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan Kencing manis.

PATHOPHYSIOLOGY
Pengeluaran protein melalui air kencing atau PROTEINURIA menyebabkan badan akan kehilangan banyak protein dari dalam darah atau HYPOALBUMINEMIA. Kekurangan protein di dalam salur darah menyebabkan AIR keluar dari dalam salur darah ke dalam tisu badan. Ini menyebabkan kebengkakan muka, tangan dan kaki yang dipanggil EDEMA atau bengkak air. Hati juga mula menghasilkan lebih banyak lemak di dalam darah sebagai reaksi kehilangan protein maka terjadilah HYPERLIPIDEMIA atau lemak berlebihan di dalam darah.


GEJALA
Nephrotic syndrome menyebabkan pengidapnya menjadi lemah dan tidak bermaya. Kencing mereka menjadi berbuih-buih. Mata dan muka kelihatan bengkak pada waktu pagi setelah bangun dari tidur dan kaki kelihatan bengkak pada waktu petang akibat berdiri. Perut kembung, sakit perut dan cirit-birit juga boleh berlaku.
DIAGNOSIS
  1. Air Kencing Dipstick - Level protein yang tinggi di dalam air kencing pada satu-satu masa mungkin disebabkan oleh Nephrotic Syndrome
  2. Air Kencing 24 jam - Air kencing dikumpul selama 24 jam untuk mengira jumlah protein secara lebih tepat.
  3. Darah - Nephrotic syndrome menyebabkan protein yang rendah di dalam darah dan Lipid yang tinggi. Kiraan Creatinine atau Urea yang tinggi di dalam darah menunjukkan fungsi buah pinggang mungkin terganggu
  4. 4. Biopsi - Sedikit sampel tisu buah pinggang diambil untuk menentukan jenis-jenis nephrotic syndrome. Ini sangat penting kerana "Minimal Change Nephrotic Syndrome" boleh diubati dan mempunyai masa depan pemulihan yang sangat cerah.
KOMPLIKASI
  1. Untuk kanak-kanak, penyakit ini boleh membantutkan pembesaran tubuh dan menyebabkan pesakit dimasukkan ke wad hospital sehingga sembuh.
  2. Antibodi badan menjadi lemah. Ini menyebabkan pesakit tadi mudah terkena jangkitan kuman yang boleh membawa maut.
  3. Air yang berkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan menjadi tempat pembiakan kuman. Ini menyebabkan jangkitan paru-paru dsbg.
  4. Komplikasi yang menakutkan ialah kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir atau End Stage Renal Failure (ESRF) di mana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi.
  5. Darah menjadi pekat kerana air keluar dari salur darah ke tisu berhampiran. Penyakit salur darah seperti salur darah di dalam kaki tersumbat (Deep Vein Thrombosis) boleh berlaku.
  6. Ubat yang diambil iaitu Steroids juga memberi banyak kesan sampingan.
PERAWATAN
  • Pada kebiasaannya, ubat steroid iaitu prednisolone diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian, dos ubat ini akan dikurangkan dengan perlahan-lahan.
  • Sekiranya muka dan badan bengkak air sehingga boleh mengancam nyawa, maka diuretics atau ubat kencing akan diberikan mengikut kes-kes dan berhati-hati.
  • Protein Albumin akan dimasukkan ke dalam salur darah untuk meningkatkan albumin di dalam darah dan hanya diberikan kecuali di dalam kes-kes tertentu. Pada kebiasaanya ia tidak diberi.
  • Antibiotic akan diberi sekiranya terdapat jangkitan
  • DIET - Pengambilan garam perlu dikawal. Jangan mengambil garam berlebihan. Pengambilan air juga hendaklah dikawal mengikut kes terutama mengalami bengkak air (Edema) yang teruk. Walaubagaimanapun air tidak perlu dikawal keterlaluan di dalam kes-kes biasa. Pengambilan kalori dan protein yang baik adalah penting untuk pengidap penyakit nephrotic.
Penawar untuk mengembalikan semula fungsi buah pinggang cadangan kami adalah Vivix. Ini berdasarkan testimoni vivix - pulihkan buah pinggang rosak tahap 4 menjadi tahap 2 lalu transplant dibatalkan.
Kisah Penyembuhan Vivix -  Buah Pinggang Sembuh & Transplant Dibatalkan

 Karen Sandifer, bekas penyelia Home Health Care, berkongsi kisah ini mengenai Brandy (sahabatnya) dan Vivix. Brandy dah bersedia untuk berikan satu buah pinggang dia kepada suami kerana suaminya mengalami kegagalan buah pinggang tahap 4 dengan buah pinggang polisistik.


"Tony mula mengambil Vivix sejak Febuari 2009 dan cuba teka? Kami pergi berjumpa pakar buah pinggang untuk membuat ujian supaya saya boleh memberikan buah pinggang dan sebahagian hati saya, kerana dia berapa pada tahap tinggi (4) kegagalan buah pinggang dengan buah pinggang polisistik. Jika tahap 5 anda perlu dialisis untuk terus hidup. Jadi kami mahu melakukan pemindahan organ sebelum dia terpaksa hidup dengan dialisis.


"Apabila mereka melakukan ujian darah, kami diberitahu yang dia berada pada tahap 2 atau tahap 3 rendah, dan seterusnya menghentikan dia dari meneruskan diet untuk buah pinggang, dia tidak memerlukan ubat-ubatan untuk tekanan darah lagi dan boleh menikmati hidupnya kembali, kerana dia mempunyai masa bertahun lagi sebelum perlu memikirkan untuk menjalani hidup dengan dialisis! Berdasarkan kata pakar yang berunding dengan kami, kesemua mereka mengatakan TIADA PENAWAR!

Uniknya Vivix kerana ia adalah tonik anti penuaan selular yang mampu membaik pulih sel hingga ke tahap selular DNA. 
Untungnya menggunakan Vivix sebagai ikhtiar kerana bukan sahaja organ tertentu mendapat manfaat, malahan seluruh tubuh badan. Penggunaan berterusan mampu mengembalikan keremajaan tubuh sehingga 25 tahun lebih muda berdasarkan penyelidikan ke atas resveratro

I'm Your SHAKLEE Independent Distributor
  Noor Nazili Binti Jimi ( Puan Nor ) SID 920420
   sms/whatsapp 016 8883394   

Email: noe3304@gmail.com
FB Fanpage : Vitaminkamek

Dengan Mendaftar RM65 Anda akan dapat Harga Jauh Lebih Murah
 Nak Jadi Ahli Secara Percuma Pun Boleh!!
  • Buat Order dahulu, hujung bulan payment pun boleh bayar
  • Konsultansi percuma buat pelanggan yang membeli dari saya berterusan
  • Setiap pembelian akan disertakan jadual pegambilan dan tips-tips berguna

Penafian : Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang saya kongsi di laman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah , mendiagnos atau menyembuhkan sebarang penyakit

3 comments:

  1. Petanda awal adalah kencing berbuih kan.
    Bagi mereka yang suka sangat minum minuman 3 in 1 ataupun minuman bertin disarankan untuk berhenti secara perlahan-lahan.
    Kandungan gula yang tinggi juga boleh menyumbangkan kearah Neprotic Syndrome kan.

    ReplyDelete
  2. Hai, Kami mencari penderma buah pinggang Kami terletak di India, Kanada, UK, Jordan, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia,

    Afrika Selatan dll Sangat mendesak. B + ve, O + ve dan A + ve dengan pasport / Kad pengundi India atau Pan-

    kad dan usia mestilah lebih daripada 18 tahun. Orang yang berminat perlu menghubungi kami

    Whataspp: +917204719376

    Whataspp: +917204719376

    Whataspp: +1 (951) 483-2485

    E-mel: sunajkidneyfundation@gmail.com

    Mengenai Dr. Sunaj Edward

    ReplyDelete
  3. Hai, Kami mencari penderma buah pinggang Kami terletak di India, Kanada, UK, Jordan, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia,

    Afrika Selatan dll Sangat mendesak. B + ve, O + ve dan A + ve dengan pasport / Kad pengundi India atau Pan-

    kad dan usia mestilah lebih daripada 18 tahun. Orang yang berminat perlu menghubungi kami

    Whataspp: +917204719376

    Whataspp: +917204719376

    Whataspp: +1 (951) 483-2485

    E-mel: sunajkidneyfundation@gmail.com

    Mengenai Dr. Sunaj Edward

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...