GMO adalah Genetically Modified Organism (Organisma Terubah Suai Secara Genetik) adalah organisma yang bahan genetik diubahsuai menggunakan teknik atau dalam bidang genetik dipanggil teknologi penyatuan DNA. Teknologi penyatuan molekul DNA daripada pelbagai sumber untuk membentuk rantaian molekul yang baru yang mana menukar gen asalnya.
Non-GMO iaitu ia diproses pada suhu yang rendah untuk memastikan ia bebas daripadamenjadi kacang soya yang diubah suai genetiknya.
Sedar atau tidak, hampir 70% makanan yang kita makan hari ini mengandungi organisma terubahsuai genetik (GMO). Yang paling biasa ialah sirap jagung, makanan berasaskan soya, beras, bijirin sarapan, kudap-kudap atau snek, biskut kraker, miuman soda, susu tin, minyak masakan malah dalam daging dari haiwan ternakan. Jangan fikir kita tinggal di Malaysia selamat dari makanan GMO. Kini ia telah mula dipraktikkan secara besar-besaran oleh pengusaha-pengusaha tanaman dan juga penternak haiwan.
Ia sebenarnya tidak mengejutkan kerana teknologi kejuruteraan genetik dikatakan mampu bertahan terhadap ancaman serangga perosak, kemarau dan lain-lain. Ia juga dikatakan meningkatkan produktiviti tanaman oleh itu menjana lebih keuntungan.
Tapi adakah ia selamat untuk dimakan? Menurut pandangan pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat, ia selamat dimakan, tahan terhadap penyakit dan menyediakan keperluan yang mencukupi untuk populasi dunia.
Manakala menurut Kesatuan Eropah (EU), mereka menolak makanan GMO. Risiko makanan GMO lebih tinggi dari faedah kesihatan. Hanya syarikat bioteknologi yang mendapat faedah dengan menjana keuntungan berlipat ganda, mendominasi pasaran makanan dunia dan menindas petani dan peladang kecil-kecilan.
Menurut Pengarah Kebangsaan Pertubuhan Pengguna Organik, Ronnie Cummins, tiada saintis yang benar-benar serius dalam dunia yang sanggup mempertahankan teknologi bio selain mereka dibayar oleh syarikat bioteknologi untuk memperkenalkan paten hakcipta terhadap benih atau teknologi yang dihasilkan. Menurutnya lagi, 3 perkataan yang boleh menerangkan keadaan makanan GMO iaitu tidak boleh dijangka, tidak pernah diuji dan ia tidak dilabel (tidak memaklumkan kepada pengguna).
Kesan buruk yang paling banyak dilaporkan dari pemakanan GMO ialah allergik. Pencemaran juga adalah risiko dalam kaedah penanaman GMO. Penyebaran benih secara tidak sengaja boleh mengancam benih asal dan sekali ia tersebar adalah sukar untuk mengawal ke mana ia akan pergi.
Pengguna sepatutnya diberitahu tentang penggunaan GMO dalam makanan yang mereka makan melalui label pada pek atau bungkusan. Buat masa ini, syarikat pengeluar makanan tidak disyaratkan melabelkan GMO pada produk mereka. Syarikat-syarikat ini juga menghalang usaha untuk menguatkuasakan peraturan pelabelan GMO. Jika produk GMO begitu baik dan memberi faedah, mengapa ia tidak mahu dilabelkan? Sebaliknya mengapa pula pengeluar makanan asli dan organik mengambil langkah bertentangan dengan meletakkan label NON-GMO atau 'TIADA GMO' pada bungkusan mereka.
Ini memberi makna bahawa ada sesuatu yang terselindung di sebalik semua ini. Salah satu sebab mereka tidak mahu meletakkan label GMO ialah kerana mereka tidak mahu mengambil risiko pengguna akan menjauhkan diri dari produk mereka memandangkan ia telah diharamkan di Eropah.
Jadilah pengguna yang bijak. Membeli sesuatu produk lebih baik jika anda mempunyai ilmu sebagai rujukan. Harap info yang saya kongsikan ini bermanfaat. :)
I'm Your SHAKLEE Independent Distributor
Noor Nazili Binti Jimi ( Puan Nor ) SID 920420
sms/whatsapp 016 8883394
Email: noe3304@gmail.com
FB Fanpage : Vitaminkamek
Dengan Mendaftar RM65 Anda akan dapat Harga Jauh Lebih Murah
Nak Jadi Ahli Secara Percuma Pun Boleh!!
Nak Jadi Ahli Secara Percuma Pun Boleh!!
- Buat Order dahulu, hujung bulan payment pun boleh bayar
- Konsultansi percuma buat pelanggan yang membeli dari saya berterusan
- Setiap pembelian akan disertakan jadual pegambilan dan tips-tips berguna
Penafian
: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang saya kongsi di laman
ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah , mendiagnos atau
menyembuhkan sebarang penyakit